~AHLAN WASAHLAN~

Alhamdulillah...ReJaB kEmBaLi..~

Thursday, June 17, 2010


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...segala puji-pujian hanya milik Allah...

Pada tanggal 14 Jun 2010 iaitu pada hari isnin, maka jatuh lah tarikh 1 Rejab 1431 Hijriah.. Sebagai muslim,kite patot la bersyukur sbab still sehat n dpt diberi nikmat kesihatan, iman dan yg paling penting>> ISLAM oleh Allah s.w.t...alhamdulillah..

sepertimana yg diketahui,Rejab adalah salah satu bulan yg sgt dimuliakan dlm Islam..Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.



KELEBIHAN BULAN REJAB-->

  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.



JOM KITA TINGKATKAN AMAL DENGAN...


1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat


4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.



PERISTIWA-PERISTIWA PENTING!!
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.




DOA-DOA YG DISARANKAN UTK DIBACA;


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya."


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. "


"Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah. "


so,kawan2
...kite dpt lihat bulan Rejab adalah sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah.

Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Jadi, ingat2 lah ye kita kena buat segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.




"dan bersege
ralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa" Ali-'Imran:133





JOM KITA BER'PESTA' IBADAH!!




WALLAHUA'LAM...

errmm....

Friday, June 11, 2010



salah lagi...actually,24 Jamadilakhir 1431...haih...penat2..mianheyo..

astaghfirullah 'ala kulli dzanbin (aku memohon ampun atas setiap dosaku)..ameenn~

~refer to the previous post~

pEmBeTuLaN!!


assalamualaikum..

huhu..post yg sbelum ni kn...kn sy ade ckp tarikh 27 rejab kn??? blum masuk rejab pn lg... salah laaa....ermm sbenaqnya...27 jamadilakhir
1431..syukran... wallahua'lam...
mianheyo...
gomennasai..

....SyUkUr~...

bismillahirrahmanirrahim...
With IsmuLLAH~~~

Alhamdulillah...pada 7 Jun 2010 bersamaan dengan 24 Rejab 1431, saya diberi kesempatan oleh Allah s.w.t utk mengkhatamkn kitab suciNya yg diamanahkan kpd kita utk m'jadikannya sebagai panduan selain drpd sunnah Rasulullah s.a.w..

Alhamdulillah buat kesekian kalinya...


MaRi KiTe ShArInG2.....

Hadis Riwayat Ad-Dalimi yang maksudnya :

"Barang siapa membaca Al-Quran kemudian berdoa sesudahnya (khatam), nescaya turut serta mengucap aminkan doanya oleh para 4000 malaikat."


Terdapat satu hadis Rasulullah saw, iaitu baginda telah bersabda mahfumnya,


"Sesiapa yang mempunyai anak yang membaca al- quran dan mengkhatamnya, nescaya Allah akan memakaikan kedua ibu bapanya dengan mahkota di akhirat nanti..."


Amin, Yarabbal 'alamin..



sahabat2, betapa ruginya sesetengah makhluk yang bernama muslim apabila mereka tidak mengamalkan Al-Quran sebagai 'novel' harian mereka.


Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.


Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

"Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong."


seboleh-bolehnya, kita sentiasalah berusaha untuk menjadi golongan tersebut:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda; Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai."

"Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat."


"Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat."


Sy rase ape yg sy nk sampaikn cukuplah sekiranya dpt digambarkn dgn p'isian2 dia atas...huhu...

~SeLaMaT BeRaMaL!!!~

uhibbukum fillah...





mAdAh uNtUk WaNiTa SoLeHaH~

Thursday, May 27, 2010

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu ,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek ,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran ,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai ,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu ,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu ,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya ,
Bersyukurlah diatas apa yang ada .

Serta berusaha demi keluarga ,bangsa dan agama.Salam perjuangan untuk sahabatku ,
Wanita solehah.

“Wanita hiasan dunia ,Seindah hiasan adalah wanita solehah”


aDa ApA pAdA CiNtA??

Saturday, February 13, 2010


BiSmIllAhIrRaHmAnIrRaHiM..

aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam..

SubhanaLLAH..da lame syadid ana x sentuh blog ana ni..kalo bleh,bukan stakat berhabuk..b'sarang,b'sawang..sume2 la..

hmm...kali ni, ana nk ckp psl cinta plak..ceh..cm nk b'ceramah plak..xde maknenye..juz from my point of view bout ~LOVE~HUB(in arabic)~CINTA~SARANG(in korean..not sarang burung)..


setiap orang ade perasaan ni..tipu sgt2 la kalo xde..perasaan ni fitrah sume orang..fitrah tu ape anak2?? fitrah ni adalah perasaan semulajadi..kan? stuju x?


skang ni..ana ngah rase benda ni la..subhanaLLAH..hebat betol ujian ALLAH pd ana skang nih...tp ana x bleh buruk sangka pada Allah..jgn sekali2!!! tu prinsip hidup ana..biar la se'tough' mane ujian Allah pd kite..tu semate2 tarbiyah drpd Allah...


eh,hello!! x sume org tau dpt tarbiyah drpd Allah tau...jgn jelez k..

perasaan ni dtg dlm bentuk mcm2..kalo nk cite,24 jam pon x habes..(maybe 48 jam baru habes kot..hehe..gurau2..xde kena mengena lgsg)...cinta ea?? cinta ni mcm2..cinta pd parents..cinta pd binatang..cinta pd band korea (ooppsss...terkena batang hidung sendiri..dush!!)..cinta pd adek beradek..mcm2 definition kite bleh wt..ikot org ah kan??

tp waktu skang nie,kite pd umur remaja..so,cinta yg paaaaaaling sinonim ngn umur ni ape?? cinta pd org yg b'lainan jenis ah kan? huish..cm ade pengalaman je ana nih..xde maknenye..juz from my point of view..almost 90% remaja skang ni are seeking for their so called 'true love'...remaja kan..kalo xde kapel tu cm pelik sgt la skang ni..siap da terpapar kt akhbar lagi..ana penah terbace surat khabar metro..die ade ckp lbih kurang cmni ah-trend remaja pompuan yg da xde dara ni standard..maknenye,diorang rase kalo da xde dara ni high-class...diorang akn jadi malu bile diorang virgin...na'udzubillah mindzalik,yaAllah!!!...ana bace x mcm terbeliak plak mata...kalo bleh kuar,masok balik mata ana tuh..

but all that are not impossible..memandangkan skang ni dunia da makin tua..sedangkan time Rasulullah dulu pon,Rasulullah kate dunia ni da tua sgt2..apatah lagi skang ni..kan? kan?..da berlalu 1400 tahun da..astaghfirullah..

life as a college student,ana rase mcm2..byk benda nk kena pikir..tp ana harap SATU je..what's dat?? RidhaLLAH..redha Allah tu sendiri..kengkadang,ana terlupe tujuan ana..tp alhamdulillah..dgn tarbiyah drpd Allah yg terus menerus,ana sedar sape ana..


skang ni,ana diuji dgn perasaan ni..otteke???(camne ni??)..Ya Allah,help me!!
cmne nk ckp ek..kt sini,biase la kalo g memane tu org gayot sane sini..bukan gayot kt tiang ea..gayot kt tepon..(tgk2 diorang gayot, x tinggi2 pon..hehe)..wallahua'lam la diorang gayot ngn sape..ngn mak kot..(husnuzzon)..mane2 je..ade je laki pompuan dok sblh2 bertepok tampar..tendang menendang ana blum penah nmpk lg la.(ana minx jauh la benda2 ni dr ana sendiri yg buat)...

tipu la kalo ana xde perasaan ni..(ceh..satu kenyataan yg berani!!)...kengkadang tu,ana berharap la jugak kan..tp sape je la nk ana nie..(hehe..ayat common yg ana gune kt sini)..perasaan tu ade..tgk kengkwn yg ramai peminat..kim salam sane..kim salam sini..yg pelik nye,die x nk kim slm kt org len..nk yg tuu jugak..adoyai...manusia2..tp org tu bukan ana ea..harap maaf..salah nombor..kengkadang tu nk rase gak cmne rase org 'kim slm' kt kite..tp Allah da ckp..kengkadang ape yg kite suke tu x baik utk kite..yg kite x suke tu laaaa yg baik utk kite..sbb tu la kalo gadoh2,lame2 org ckp bleh kawen..hehe..ok..ana da mule mepek..sambung balik!!

tp bile ana pikir2 balik,ana kembalikan sume tu pd Allah..maybe Allah nk simpan yg TERBAIK utk kite..THE BEST AMONG THE BEST...(eh2..cm da len je bunyinye..huhu)..bile ana pikir benda ni,ana bleh nanges..ana pikir betape Allah nk menjage kite dr maksiat..nk dibandingkan kengwkn sebaye kite kt luar sane yg da terlanjur,ana rase sgt2 bersyukur..ana slalu doa..biar lah skang ni xde cinta dr kaum Adam utk ana..tp jgn la smpi xde cinta Allah utk kite..cinta Allah is EVERYTHING!! dr Allah la sgale2 nye bermula..drpd dunia ni xde kpd ada..drpd kite yg xde ni kpd ada..SUBHANALLAH..Maha Suci Allah...



"Ya Allah...Kau berilah secebis cintaMu kpd ku...x byk,sikit pon xpe la..Ya Allah,dlm byk2 hambaMu,aku harap Kau pandang lah aku...Ya Allah,aku x layak utk syurgaMu..tp tidak pula ke nerakaMu...Ya Allah,Kau suluhlah aku jalan yg benar...Kau berilah aku hidayahMu..Kau pimpinlah aku ke jalan yg Kau redhai..walaupun aku x setaraf dgn serikandi2 pd zmn dahulu...jauh sekali sebanding mereka,Kau bimbinglah aku utk m'contohi mereka.."




ape yg ana harap skang ni satu je..ana harap satu hari nnti ade seorang llk yg dpt bimbing ana menuju jalan ke syurga Allah..bukan ana sorang..family,anak2 n kalo die mampu org2 kt sekeliling die skali..insyaAllah..kalo kite mencintai Allah,kite akan dpt org yg m'cintai Allah jugak..ana yakin benda tu..

insyaAllah..ana nk selitkan satu puisi berkenaan cinta..terimalah..


Wahai adam,yg sepatutnya melindungi kaum hawa...
bukan melemahkan hati hawa dgn kata2 yg bisa melemahkan lg iman,
hati yg fitrahnya lemah...
Janganlah terpedaya dgn cinta dunia,begitu jugak kaum hawa..
Kenapa kita mencari cinta,
tapi x mencari pemilik segala cinta yg selama ini melimpahkan cintaNya...
m'izinkan kita melihat,berjalan di muka bumi...
Begitu besar Allah melimpahkan cintaNya...
Hinggakan Allah kirimkan Al-Quran sebagai warkah rindu & cintaNya pd kita..
SUBHANALLAH..
Apa yg kita balas??
Tanyala iman..
semoga kita jauh dari zina..

Yakinlah pd janji Allah...
"Sesungguhnya lelaki yg baik utk perempuan yg baik dan begitu jg sbaliknya"
Allah Maha Memahami hambaNya, dan janji Allah itu benar...
Tasbihkan cinta hanyaNya..
INSYAALLAH SETIAP BUTIRAN TASBIH ITU AKAN MEMBENTUK SATU HATI YANG SATU HARI AKAN MENJADI PASANGAN HIDUP YANG HALAL BAGI KITA...
ameen~...






last but not least,thanx sbb sudi bace luahan hati ini...
ape yg baik tu, diilhamkan drpd Allah s.w.t..dan kelemahan2 dr nukilan ni adalah dr ana sendiri..wallahua'lam~..




JiWaKu pd PERJUANGAN!!

Friday, July 3, 2009

assalamualaikum...
bismillah..

InsyaAllah sblm ana melangkahkan kaki ke kolej mara kuala nerang,ingin sekali ana meluahkan gejolak di hati ini...

actually,ana agak sedih untuk tinggalkan rumah,kwn2 n especially family..sgt2 sedih...tapi hidup mesti diteruskan..dan mesti diteruskan sbg seorang pejuang...fi sabilillah..

terkenangkan keadaan diri yg sememangnya x sempurna,ana sgt2 takot untuk menghadapi dunia luar...hampir 7 bulan ana berada kat rumah,rasenye kosong..hati ini sgt kosong...ana seperti terumbang ambing..

dgn tiadanya usrah,majlis ilmu,ana sgt ketandusan..kalo nk pon,tgk rancangan kat tv je la...
Halaqah,Al-Kuliyyah,Mari Mengaji n mcm2 lg..hihi...btol..ana x tipu..
ana pon x tau la keadaan ana di luar nnti...harap2nye ok..bukan setakat ok...malah mantop!!
(insyaAllah!!)

first skali,jgn lari dr tujuan kite belajar...kena kenal diri sendiri..muhasabah diri byk2..jadikan istighfar peneman hidup..

seseorang itu x perlu dinilai dr luaran nye...ttp pd dlmn..contohnye,tokoh terdahulu-Bilal Bin Rabah...beliau merupakan seorang hitam..ttp hatinye putih bersih..sehinggakan beliau dianjikan syurga oleh Allah s.w.t..

ermm..x slh ana,ade satu hadith yg mengatakan kekasih kite-Rasulullah s.a.w mendengar tapak kaki Bilal Bin Rabah menuju ke yurga...kenapa???

sbb pd masa hayat beliau,beliau mengamalkan satu amalan yg tidak pernah putus..ape die??
amalannye ialah die SENTIASA BERWUDHU'...itulah amalannye...
hmm...fikir2 balik,sbenarnye banyak pahala yg kite dpt kumpul kerana setiap ape yg kite buat merupakan ibadah...

masyarakat skrg menilai bahawa ibadah hanyalah solat lima waktu,puasa, bersedekah,m'baca Al-Quran...ttp ibadah juga adalah seperti menolong seseorang m'angkat meja,menulis,bercakap, senyum...ttp setiap perbuatan itu hendaklah ade batas2nye...hendaklah sentiasa berlandaskan Al-Quran dan Sunnah..

secondly,persekitaran yg bagus...bile kite da jauh dgn mak+ayah,kite rapat ngn sape??
kawan ah,kan? so,kite kena pndi plih kwn..jgn slh plih kwn..

hmm...kwn mencerminkan diri kite sndr..mcm mane kwn kite mcm tu lah kite...contohnye,qudwah hasanah kite yg teragung: Rasulullah s.a.w...shbt2 baginda merupakan yg terbaik...untung shbt2 baginda kerana dpt kwn aka rakan seperjuangan sperti baginda..

yg penting,ape yg ade dlm hati kite

1.ALLAH
2.Rasulullah s.a.w
3.Ibu Bapa
4.Al-quran...

dan yg lain,sambung la sendiri..

wallahua'lam..

halwa telinga..