~AHLAN WASAHLAN~

Alhamdulillah...ReJaB kEmBaLi..~

Thursday, June 17, 2010


Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah...segala puji-pujian hanya milik Allah...

Pada tanggal 14 Jun 2010 iaitu pada hari isnin, maka jatuh lah tarikh 1 Rejab 1431 Hijriah.. Sebagai muslim,kite patot la bersyukur sbab still sehat n dpt diberi nikmat kesihatan, iman dan yg paling penting>> ISLAM oleh Allah s.w.t...alhamdulillah..

sepertimana yg diketahui,Rejab adalah salah satu bulan yg sgt dimuliakan dlm Islam..Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta’azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya kepada seluruh hambanya yang beriman.



KELEBIHAN BULAN REJAB-->

  • Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  • Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  • Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.
  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.
  • Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.
  • Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.
  • Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.
  • Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.



JOM KITA TINGKATKAN AMAL DENGAN...


1.Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2.Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3.Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat


4.Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5.Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.



PERISTIWA-PERISTIWA PENTING!!
  • Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  • Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)
  • Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.




DOA-DOA YG DISARANKAN UTK DIBACA;


"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya’aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya."


"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. "


"Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah. "


so,kawan2
...kite dpt lihat bulan Rejab adalah sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada hamba-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah.

Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Jadi, ingat2 lah ye kita kena buat segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.




"dan bersege
ralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang2 yang bertaqwa" Ali-'Imran:133





JOM KITA BER'PESTA' IBADAH!!




WALLAHUA'LAM...

0 comments:

Post a Comment

halwa telinga..